YAKJUJ&MAKJUJ

Sunday 27 December 2015

KOMPANY MENYIFATKAN DIRINYA KEBAL



MANCHESTER: Kapten Manchester City, Vincent Kompany menyifatkan dirinya sebagai 'kebal' walaupun mengalami kecederaan baharu selepas hanya beraksi lapan minit, malam tadi.
Pertahanan antarabangsa Belgium berusia 29 tahun itu masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika City meraih kemenangan bergaya 4-1 ke atas Sunderland.
Kompany yang terlepas lapan perlawanan sebelum ini kerana kecederaan betis bagaimanapun terpaksa dikeluarkan semula pada minit ke-70.
"Hari ini adalah hari yang buruk untuk saya. Badan saya terasa kebal dan ia adalah baik dan belum pernah terjadi, tetapi saya dicabar oleh beberapa kecederaan kecil dan biasa," kata Kompany dalam mesej yang disiarkan di laman Facebooknya.
"Ia membuatkan saya lebih kecewa berbanding kecederaan serius yang saya sudah lalui sebelum ini, tetapi ia adalah satu cabaran dan saya akan dapat mengatasinya."
Kompany dimasukkan pada pada minit ke-62 di Eastlands tetapi kecederaan terbaharunya itu menyebabkan pengurus Manuel Pellegrini pening kepala untuk melakukan pilihan pemain menjelang pertemuan dengan pencabar kejuaraan Leicester, awal pagi Rabu.
Namun, pemain Belgium itu tetap berikrar untuk kembali pulih dan cergas bagi membantu City mengharungi saingan musim ini.
"Saya sudah melakukan banyak pengorbanan dan bola sepak adalah segala-galanya bagi saya.
"Saya mahu menjadi pemain pertahanan terbaik di dunia dan saya mahu Manchester City dan Belgium menjadi kelab serta negara yang hebat dalam dunia bola sepak," katanya. - AFP

Monday 21 December 2015

TAK TERGUGAT


                       
                       
London: Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini menegaskan beliau tidak bimbang dengan spekulasi berterusan mengenai Pep Guardiola yang dikaitkan mengambil alih tugasnya hujung musim ini. Guardiola dijangka membuat pengumuman hari ini untuk meninggalkan Bayern Munich sebaik kempen musim ini berakhir sekali gus mencetuskan spekulasi baru yang City akan cuba mendapatkan pengurus kelahiran Sepanyol itu. Bekas pengurus Barcelona itu dikaitkan dengan City sejak beberapa tahun lalu dan Pellegrini menegaskan laporan berkenaan tidak menggugatnya. Ditanya sama ada beliau bimbang, pengurus berusia 62 tahun itu berkata: “Sudah tentu tidak. Saya tidak bimbang terhadap perkara itu.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Satu-satunya perkara yang saya bimbangkan ketika ini adalah cuba memenangi perlawanan berikutnya dan menjuarai Liga Perdana Inggeris. “Pastinya satu kejayaan yang hebat jika dapat memenangi dua gelaran dan satu naib juara dalam tempoh tiga tahun. “Itu perkara yang mungkin saya perlu bimbangkan, bukan spekulasi atau khabar angin.” Apa yang dikhuathiri Pellegrini pada ketika ini adalah kunjungan ke kubu pesaing utama mereka Arsenal awal pagi Selasa. City yang menduduki tangga ketiga hanya mengekori Gunners dengan satu mata. Pellegrini menyedari kepentingan persaingan itu ketika City cuba merampas kembali gelaran yang ditakluki mereka ketika kali terakhir di bawah kepimpinannya pada 2014. “Ia bukan perlawanan penentu kerana selepas itu kami mempunyai 21 perlawanan lagi, banyak mata untuk direbutkan. Tapi adalah penting untuk menunjukkan siapa pasukan terbaik pada separuh pertama musim ini,” kata Pellegrini. “Adalah penting untuk menentang pasukan yang hanya satu mata di atas kami. Jadi perlawanan itu memang penting. Ia bernilai enam mata.” - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101304#sthash.aEmqoJr6.dpuf

Bale ledak 4 gol, Atletico pula merana


MADRID: Gareth Bale meledakkan empat gol sekali gus membantu Real Madrid bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Rayo Vallecano yang beraksi dengan sembilan pemain, 10-2 dalam saingan Liga Sepanyol di Santiago Bernabue, awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Rafael Benitez kini hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Barcelona dan pasukan tangga kedua, Atletico Madrid.
Barcelona bagaimanapun mempunyai baki satu perlawanan kerana tidak beraksi dalam saingan liga minggu ini selepas merekodkan kejuaraan Piala Dunia Kelab 3-0 ke atas River Plate di Jepun.
Ia adalah kali pertama dalam tempoh 55 tahun sebuah pasukan menjaringkan 10 gol dalam saingan Liga Sepanyol tetapi penyokong Real tetap menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Benitez selepas anak buahnya ketinggalan 1-2 pada 12 minit pertama.
Kad merah pada setengah jam pertama yang dilayangkan kepada Tito dan Raul Baena yang membuka peluang kepada Real untuk bangkit dengan Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol, Karim Benzema meledak hatrik manakala Bale menjaringkan empat gol - terbaik sepanjang bergelar pemain Real.
"Kami melepaskan gol awal tetapi selepas itu pasukan memberikan reaksi yang baik. Saya tidak akan mengadili keputusan pengadil tetapi disebabkan layangan kad merah yang diberikan kepada pemain lawan, pasukan saya melakukan apa yang sepatutnya.
"Mereka beraksi dengan baik dan menjaringkan gol," kata Benitez.
Presiden Real, Florentino Perez memberikan sokongan penuh kepada Benitez selepas jurulatih itu dikatakan bakal dipecat jika menerima satu lagi kekalahan selepas tewas kepada Villareal 0-1 minggu lalu. - AFP

Nahas bas: 15 waris mangsa berlepas ke Thailand

11 pelancong Malaysia terbunuh, kemalangan di Thailand


 
BATU PAHAT - Seramai 15 waris mangsa kemalangan bas persiaran yang berlaku di Chiang Mai, Thailand selamat berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5 pagi tadi.
 
Mereka dijangkakan akan berlepas dari KLIA pada jam 1 petang, dan akan tiba ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok pada jam 5 petang dan akan dibawa ke Chaing Mai.
Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung berkata, kesemua keluarga dibawa ke sana bagi meninjau  keadaan mangsa yang cedera serta proses pengecaman  mayat.
"Saya berharap semua  waris dapat membantu pihak berkuasa di sana dan memudahkan urusan membawa pulang semua mangsa yang cedera dan mayat dalam tempoh terdekat.
"Keluarga kini dalam keadaan tenang dan memberi kerjasama dengan  baik," katanya kepada Sinar Harian.
 
Kesemua 15 anggota keluarga mangsa terlebih dahulu berlepas dari Batu Pahat pada 5 pagi tadi menaiki van bersama dua kakitangan syarikat untuk ke KLIA.
Terence menambah, kesemua 22 mangsa dari Batu Pahat itu dihantar keempat hospital sekitar Chiang Mai iaitu Bangkok Hospital, McCormick Hospital, Doi Saket Hospital dan Suan Dok Hospital.
"Kami menjangkakan urusan bagi mayat mangsa dibawa pulang akan mengambil masa lebih kurang empat hingga tujuh hari," kata pengurus berusia 36 tahun itu.
 
Beliau berkata kesemua mangsa sepatutnya pulang hari ini menaiki pesawat pada 11 pagi ini, dari Chiang Mai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.
"Ketika mendapat berita pada 4 petang semalam, kami telah membentuk pasukan kecemasan untuk mengumpul semua maklumat sebelum memberitahu anggota keluarga mengenai status sebenar mangsa kira-kira 9 malam semalam (Ahad)," kata Terence.
 
Sehingga 9 malam tadi, seramai 13 mangsa, terdiri daripada lima lelaki dan lapan wanita berusia antara 20 dan 80 tahun dilaporkan maut.
Dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.
Menurut laporan berita antarabangsa, bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.‎
 
- Bernama